Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung

Tuesday 3 April 2012

KELEBIHAN ISTIGHFAR

Riwayat seorang yang ingin bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.


Pada suatu ketika Imam Ahmad hendak balik kerumahnya, ketika itu cuaca yang sangat sejuk dibumi Baghdad dan masa yang tidak mengizinkan menyebabkan Imam Ahmad pun terpaksa singgah disebuah masjid dipinggir Baghdad dan masuk kedalam masjid tersebut untuk berehat. Beberapa ketika datanglah orang yang menjaga masjid, penjaga tersebut berkata "Hoi orang tua kenapa kau duduk dimasjid ni, ingat ni rumah kau ka!" penjaga masjid ini tidak kenal yang sebenarnya orang tersebut ialah Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Maklumlah zaman dahulu orang susah nak kenal para ulama'. Zaman dahulu tiada tv,tiada facebook, tiada Youtube dan sebagainya yang kita ada sekarang. Imam ahmad pun dengan rasa rendah diri pergi duduk diluar masjid dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk sehinggakan Imam Ahmad ini menggeletar tubuh badannya. Beberapa ketika datanglah seorang pemuda yang melihat Imam Ahmad kesejukan, dia berkata "Orang tua kasihannya kesejukan, kenapa duduk luar ni apa hal. Marilah ke kedai saya, saya ada kedai roti, tempatpun tak lah mewah sangat marilah kalau nak ikut." Imam Ahmad pun berkata "baiklah saya ikut awak". Dengan keadaan cuaca yangg sangat sejuk mereka pun masuk kedalam kedai pembuat roti itu maka Imam Ahmad pun merasa panas, maklumlah ada ketuhar-ketuhar ada pembakar roti yang banyak. Imam Ahmad Ibnu Hanbal ini merasa selesa kerana sebelum ini kesejukan. Imam Ahmad tengok pemuda tadi membuat roti sambil sentiasa beristighfar sepanjang membuat roti. Imam Ahmad pun pergi tanya " Wahai Anak muda, berapa lama dah amalkan istighfar ni, saya tengok setiap kali engkau duduk istighfar, bangun istighfar, bawa ni istighfar dah berapa lama dah amalkan istighfar ni." Pemudah itu berkata dah lama dah aku amalkan istighfar ni sejak aku mudah-mudah lagi sampailah kehari ini aku tak pernah lepas mulutku hanya istighfar pada Allah SWT." Lalu Imam Ahmad bertanya lagi "Ada tak engkau memperolehi kebaikan daripada istighfar yang engkau baca banyak-banyak ni". Pemudah itu menjawab "Wahai pakcik saya rasa banyak kelebihan yang saya dapat daripada istighfar yang sering saya sebut. Pertamanya saya tidak pernah meminta pada Allah melainkan Allah perkenalkan apa yang terdetik dalam hati, tidak pernahpun aku memohan terlalu lama melainkan Allah perkenankan walaupun hanya terdetik dihati.” cuma satu sahaja doakan belum lagi makbul sehingga sekarang walaupun aku sudah banyak kali berdoa. Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal “Apa doanya.” Pemudah ini berkata iaitu “Aku berdoa pada Allah agar aku dapat bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.” Imam Ahmad berkata “Hari ini Allah sudah perkenankan doamu, akulah Imam Ahmad Ibnu Hanbal.” Itulah kelebihan istighfar semoga kita memperbanyakkan istighfar dan istiqomah dengannya.

Tuesday 27 March 2012

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan kerugian


"Jangan biarkan dirimu hanyut dengan kerugian..
 carilah keuntungan dengan mengingat kepada kematian..
 org yang bijak ialah orang yang selalu ingat akan matinya..
 bila dia ingat akan matinya insyaAllah berusahalah ia menuju-Nya"

Allah Ta'ala berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". (Ali Imran, 3:185)

Allah Ta'ala berfirman: "Apabila datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya". (Al-A'raf, 7:34)

Persiapkan segala bekalan untuk dipersembahkan kepada "Pencipta kita Allah (SWT)"..moga2 dengan usaha yang kita buat..disertai dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah..sentiasa istiqamah menuju-Nya..bersabar dengan segala usaha dn rintangan..bertakwa dengan sebenar-benarnya..Allah membuka luas rahmat dan karunia-Nya untuk kita merasa nikmat syurga-Nya.